12th Men

12th Men adalah rancangan santai borak bolasepak luar negara & tempatan. Menampilkan gabungan dua watak, Apeng, seorang peyokong Arsenal FC & Sabah FC dan Spit Azhar, penyokong Liverpool FC & Kedah FC. Rancangan ini disiarkan dari Kota Kinabalu, Sabah, jadi harap bersabar sekiranya Apeng & Spit tiba-tiba bercakap slang Sabahan.

Mereka berdua bukanlah pakar dalam bidang bolasepak tapi mereka adalah penyokong tegar & perspektif dan pendapat mereka tentang bolasepak hanyalah sebaik dengan mana-mana penyokong-penyokong bolasepak diluar sana.

12th Men mewakili suara-suara penyokong bolasepak di seluruh negara. Jom layan santai-santai bersama Apeng & Spit.


Spit Azhar

Lahir di Alor Setar, Kedah & membesar di KL. Memulakan karier sebagai jurutera rakaman di Broadway Studio & juga sebagai artis hiphop ‘underground’ bersama kumpulan Naughtius Maximus pada pertengahan 90an. Pernah juga berkhidmat sebagai juruteknik audio visual di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil dari tahun 2002-2007, sebelum terjun ke bidang penyiaran radio sebagai jurutera produksi & teknikal di Suria FM dari 2007-2011. Berhijrah ke Kota Kinabalu pada 2011 untuk projek Suria FM Sabah sehingga 2016. Mula berkhidmat di radio swasta Sabah, KK12FM dari 2017 & memulakan rancangan The 12th Men sehingga 2022.

Juga aktif dalam bidang keusahawanan. Memulakan perkhidmatan graphic design & printing sendiri & kini sedang aktif dalam projek perusahaan kecil makanan ringan di Kota Kinabalu, Sabah.


Facebook: Spit Azhar 

Instagram: @spit_azhar 


Apeng

Seorang Cosplayer berjaya di Negeri Di Bawah Bayu sejak 2017 dan memiliki rancangan talk show berkenaan ACG (Animation Comics Games) iaitu Otakusho.Ikimasho di Radio tempatan Sabah iaitu KK12FM.

Seorang graduan dalam aliran diploma Komunikasi Massa & Seni Skrin dan memulakan karier sebagai penyampai radio sejak 2019.

Selain daripada bercosplay dan penyampai radio, Apeng juga salah seorang die hard fan arsenal sejak kecil dan obses dengan perkembangan kini tentang bola sepak antarabangsa.


Instagram: @apeng.official